06 December 2011

: Leukocoria

tadi time aku bawa #NurKhalisyaUmairah ke klinik aku ada baca satu brosur... penting untuk ibi bapa / penjaga... d sini aku mau share informasi ni sikit untuk korang.. harap bermanfaat untuk semua ibubapa...

Leukocoria

Leukocoria adalah keadaan di mana pantulan cahaya putih kelihatan pada anak mata. contohnya macam pict d bawah nie...


*ni picture kanak2 yang mengalami leukocoria

*normal eyes for baby

 penyebab leukocoria adalah kerana:

1. Retinoblastoma (Rb) - adalah penyakit kanser mata yang berlaku pada kanak-kanak. ia boleh mengancam nyawa dan menyebabkan kematian. terjadi pada satu mata atau kedua2 mata. biasanya berlaku pada kanak2 d bawah umur 5 tahun. Rb mempunyai kadar penyembuhan yang tinggi (95% - 98%). lebih 9 daripada 10 kanak2 yang menghidap Rb mampu bertahan sehingga dewasa jika menerima rawatan awal.
rawatan Rb bergantung kepada tahap penyakit kanser dan kes individu. ini ditentukan oleh pakar mata (ophtalmologist) dengan perbincangan bersama pakar onkologi kanak2. matlamat utama rawatan adalah untuk menyelamatkan nyawa, mengekalkan penglihatan dan juga mengurangkan kesan sampingan dari rawatan yang di terima.


2. katarak kongenital adalah keadaan di mana kanta mata menjadi keruh disebabkan proses penuaan. katarak boleh d rawat melalui pembedahan dengan menggantikan kanta keruh dengan kanta tiruan. walaupun leukocoria tidak semstinya disebabkan oleh katarak atau Rb namun ia tetap memerlukan pemeriksaan segera oleh pakar mata.


penyebab lain bagi Leukocoria ialah Retinopathy pramatang, Persistent Fetal Vasculature dan coat's disease / toxocara.

kelewatan mendapatkan rawatan Leukocoria boleh menyebabkan mata juling, mata merah dan radang mata lalu menjadi buta.

*juling

*radang mata


 jika anda mengesan LEUKOCORIA pada anak mata atau pada gambar anak anda, bawa lah berjumpa doktor mata dengan SEGERA!



pengesanan awal boleh menyelamatkan mata & nyawa anak anda

*saringan untuk Leukocoria perlu menjadi
salah satu pemeriksaan rutin bagi setiap
bayi dalam masa 6 bulan pertama selepas
dlahirkan... 

No comments: