TEKNIK Urutan Bayi tidak sukar untuk dipelajari. Pembelajaran boleh
dimulakan dengan teknik asas dan diikuti dengan gerak rasa mengikut
kesesuaian bayi selaras dengan kekuatan tekanan tangan digunakan dan
juga bentuk usapan pada beberapa bahagian badan yang disukai bayi.
Umumnya, bayi akan bertindak balas secara positif dengan ketawa ataupun
mengagah. Sebaliknya, jika dia menangis, cuba tenangkan dan jangan
memaksa sekiranya dia ingin tidur ataupun menyusu.
Panduan Langkah Demi Langkah yang ditunjukkan ini hanya beberapa teknik
asas. Ingat, prosedurnya tidak begitu penting dibandingkan tindakan
mengurut, komunikasi dan kasih sayang yang ditunjukkan. Apa juga jenis
sentuhan ataupun usapan, memberi manfaat kepada bayi selagi dilakukan
dengan kesabaran, kasih sayang dan kelembutan.
TEKNIK Urutan Bayi tidak sukar untuk dipelajari. Pembelajaran boleh
dimulakan dengan teknik asas dan diikuti dengan gerak rasa mengikut
kesesuaian bayi selaras dengan kekuatan tekanan tangan digunakan dan
juga bentuk usapan pada beberapa bahagian badan yang disukai bayi.
Umumnya, bayi akan bertindak balas secara positif dengan ketawa
ataupunmengagah. Sebaliknya, jika dia menangis, cuba tenangkan dan
jangan memaksa sekiranya dia ingin tidur ataupun menyusu. Panduan
Langkah Demi Langkah yang ditunjukkan ini hanya beberapa teknik asas.
Ingat, prosedurnya tidak begitu penting dibandingkan tindakan mengurut,
komunikasi dan kasih sayang yang ditunjukkan. Apa juga jenis sentuhan
ataupun usapan, memberi manfaat kepada bayi selagi dilakukan dengan
kesabaran, kasih sayang dan kelembutan.
Persediaan mengurut:
1. Pastikan anda berkeadaan selesa dan tenang. Ingat, diri anda adalah
cerminan kepada bayi anda, dia dapat mengesan perasaan ataupun tingkah
laku yang dilihatnya dalam diri anda.
2. Pastikan keadaan bilik bersuasana senyap dan sederhana panas kerana
bayi mudah berasa sejuk. Letakkan bayi di atas permukaan yang lembut dan
selesa.
3. Panaskan tangan anda sebelum mengurut.
4. Gunakan minyak bayi bagi mengurangkan geseran pada kulit bayi yang halus.
5. Sebilangan bayi lebih suka diurut waktu pagi, sementara yang lain
selepas mandi ataupun sebelum waktu tidur. Pastikan masanya konsisten
kerana bayi anda akan ternanti-nanti rutin ini selepas waktu mandi
ataupun waktu tidur.
6. Ada kalanya bayi terasa letih dan rangsangan ini dirasa keterlaluan.
Cuba lagi selepas waktu tidur singkatnya dan elakkan mengurut bayi
selepas memberi makan.
Panduan cara mengurut Johnson's Baby
1. MUKA
Muka bayi mungkin penuh dengan berbagai jenis ketegangan akibat
perbuatan menghisap, tumbuh gigi, menangis atau sebarang perkara yang
berlaku di sekelilingnya setiap hari. Gunakan ibu jari anda dan buatkan
isyarat senyuman pada bahagian atas bibirnya, kemudian di bawah bibir
bayi. Ulang tiga kali.
2. DADA
Dengan menggunakan kedua-dua tangan yang diletakkan di tengah dada bayi,
tolak keluar ke arah tepi dan mengikut susunan tulang rusuk. Gerakannya
seolah-olah anda meratakan muka surat sebuah buku. Tanpa beralih tangan
daripada badan bayi, gerakkan tangan di sekeliling mengikut bentuk
rajah hati sehingga sampai bahagian tengah.
3. TANGAN
Picit dan putar
Pegang tangan bayi sampai bahagian bahunya dengan kedua belah tangan.
(seperti memegang pemukul besbol). Kemudian usaplah lengan dengan
bergerak ke atas dari bahu membawa ke arah pergelangan tangan dan rentak
diselang-selikan. Pada masa yang sama picit dengan lembut.
4. KAKI
Picit dan putar
Pegang kaki bayi seolah-olah anda sedang memegang pemukul besbol.
Kemudian pusingkan dengan kedua belah tangan bergerak ke arah
bertentangan dan pada masa yang sama, memicit dengan lembut.
Menggulung
Dengan memegang kedua-dua kaki, buat gerakan seperti menggulung dari lutut ke buku lali.
5. PERUT
Mengurut pada bahagian perut akan meredakan sistem usus bayi
membolehkannya membuang angin serta melegakan sembelit. Gerakan ini
harus berakhir pada bahagian bawah sebelah kiri perut bayi (bahagian
kanan anda apabila berdepan dengan bayi). Pada bahagian ini
kebanyakannya terletak usus pembuangan bayi. Tujuannya adalah bagi
menggerak semuanya ke arah usus.
Menggunakan hujung tangan, lakukan gerakan mendayung pada perut bayi, berselang seli tangan, seolah-olah anda sedang menyodok pasir ke arah diri sendiri.
Matahari Bulan
Buatkan gerakan ala bulan sabit songsang dengan tangan kanan anda, dari kiri ke kanan. Kemudian buat gerakan bulatan penuh hala mengikut pusingan jam dengan tangan kanan. Ketika tangan kanan anda bergerak di atas, tangan kiri anda di bawah, lakukan satu pusingan bulatan mengikut hala songsang jam dengan tangan kanan anda.
Berjalan
Menggunakan hujung jari, buat gerakan berjalan di atas perut bayi anda
dari kiri ke kanan. Anda mungkin terasa gelembung udara bergerak-gerak
di bawah jari anda.
I love you
I - Buatkan gerakan huruf 'I' ke bawah menggunakan tangan kanan pada bahagian kiri perut bayi.
Love - Buat bentuk 'L' terbalik dari arah kiri ke kanan.
U - Kemudian buatkan bentuk 'U' terbalik dari kiri ke kanan.
Ketika membuat gerakan ini, sebut 'I love you' dalam nada suara penyayang. Bayi anda pasti sukakannya.
6. BAHAGIAN BELAKANG
Berulang Alik
Letak bayi dalam keadaan tertiarap dengan kepalanya ke sisi. Mulakan dengan bahagian atas belakang, bersudut tegak pada tulang belakang. Gerakkan tangan anda dari depan ke belakang, pada arah bertentangan, membawa ke bahagian punggung, kemudian naik ke bahu.
Kesimpulannya: Pada penghujung setiap urutan bayi, pakaikan semula baju. Bayi anda sudah tenang kini dan bersedia untuk tidur.
No comments:
Post a Comment