22 December 2011

: tahniah !

keputusan PMR suda keluar. erm.. fams aku nda da juga yang ambil tahun nie. tapi friendlist fb aku banyak jugaa. ada yang 7a 1b , ada 5b, 2c 1d, ada yang 8a.. tahniah, tahniah... bagus anak mak. suma pandai2 belaka. hehe... so , lepas ni mau kemana ? sekolah sains ? mrsm ? sekolah teknik ? @ nda mau laa kasi tinggal sekolah lama. up to you laa. apa2 pun kena pilih yang terbaik yahh !!

wah ! NurKhalisyaUmairah sejak ada baby walker baru bukan main lagi. nda hirau suda detective conan, nda hirau suda susu, nda hirau suda mama.. aiseh... bebas laa dia mau kesana kemari, maw kacau itu ini... 



20 December 2011

: makin banyak kerenahnya...

NurKhalisyaUmairah sekarang makin banyak kerenahnya,,, sekarang x mau suda pulak minum susu formula.. kalau di kaC dia ludah2 la, dia sembur2 laa.. jap2 lagi dia buat bubble2.. adui... tapi kalau bagi susu badan 3 jam pun x mau lepas... bergantung jak kejanyaa... terutama waktu malam. mama juga yang mengantuk.... x kenyang kaa apa... sudah la sekarang susu badan mama x banyak suda.. terpaksa laa mamanya makan ubat maxolon untuk meriahkan air susu mama... minum air rebusan longan kering laa... makan makanan yang b'suo2 laa... itu lah dulu NurKhalisyaUmairah nda mau minum susu bandan... asal kasi jaa paling mukaa... sekarang baru tau kaa yang susu badan mama sedap kan??? hehehe.... 


19 December 2011

: bila NurKhalisyaUmairah suda pandai tengok Tv....

~ x maw orang halang pandangan dia untuk tengok tv. sampai termereng2 dia di buatnya...
~ x sudah cengeng macam dulu sebab keanya tgk tv ja laa.. terutama detective conan.
~ x ingat sda minum susu
~ x hirau suda orang lalu lalang...
~dan paling menyedihkan, x suda dia peduli mamanya.. =.='

tgk tue... kecian mama... NurKhalisya x peduli pun....

15 December 2011

:-/

salam, hye....

aku rasa macam tinggi darah sda aku tggal d rumah nie. bukan apa, pening kepala aku dengan budak 2 tuh.. adui, nakalnya nauzubillah... aku pun rasa macam tinggi darah sda melarang, marah dorang tuh.. ntah laa kenapa dorang begitu. stress jga aku d buatnya..... haiyh...

p/s: update skdr meluah perasaan....

14 December 2011

: Ouh... tidak !!!!!!!

Hello , Hye, ASSALAMUALAIKUM...

semenjak 2 menjak ni aku risau jaa... asal pegi klinik tuk ambil ubat perancang mesti kena timbang berat badan dan setiap kali timbang mesti ada yang naik... berat badan? yeap.... aduhh.... pening. setiap bulan naik 0.5kg, 1 kg... makin gemuk laa aku nie. baju pun ada yang nda muat sda... orang cakap memang kalau lepas bersalin x control makan badan cepat jaa naik... tapi aku tgk orang lain ada yang maintain jaa.. cam na tuh aa ? heran kan ? nanti x pasal2 besok lusa aku nda boleh jalan suda. nie gendut sangat punya pasal laa...

tu la sekarang aku kontrol2 sda makan. pagi sarapan macam besa.. tgh ary kurangkan sikit makan dan malam aku x makan. minum milo suam saja... harap2 ada la turun sikit2. yalaaa, sikit2 kan lama2 jadi bukit.... hehe... husband nasib baik x cakap pa2. cuma dia cakap aku comel jaa... teda beza apa pn.. hurm. yala tuu.... hehe....

ni dulu2 time masih kurus...

skrg ,, begini laa.....

10 December 2011

: cara mengurut si kecil anda...







TEKNIK Urutan Bayi tidak sukar untuk dipelajari. Pembelajaran boleh dimulakan dengan teknik asas dan diikuti dengan gerak rasa mengikut kesesuaian bayi selaras dengan kekuatan tekanan tangan digunakan dan juga bentuk usapan pada beberapa bahagian badan yang disukai bayi. Umumnya, bayi akan bertindak balas secara positif dengan ketawa ataupun mengagah. Sebaliknya, jika dia menangis, cuba tenangkan dan jangan memaksa sekiranya dia ingin tidur ataupun menyusu. 

Panduan Langkah Demi Langkah yang ditunjukkan ini hanya beberapa teknik asas. Ingat, prosedurnya tidak begitu penting dibandingkan tindakan mengurut, komunikasi dan kasih sayang yang ditunjukkan. Apa juga jenis sentuhan ataupun usapan, memberi manfaat kepada bayi selagi dilakukan dengan kesabaran, kasih sayang dan kelembutan. 

TEKNIK Urutan Bayi tidak sukar untuk dipelajari. Pembelajaran boleh dimulakan dengan teknik asas dan diikuti dengan gerak rasa mengikut kesesuaian bayi selaras dengan kekuatan tekanan tangan digunakan dan juga bentuk usapan pada beberapa bahagian badan yang disukai bayi.
Umumnya, bayi akan bertindak balas secara positif dengan ketawa ataupunmengagah. Sebaliknya, jika dia menangis, cuba tenangkan dan jangan memaksa sekiranya dia ingin tidur ataupun menyusu. Panduan Langkah Demi Langkah yang ditunjukkan ini hanya beberapa teknik asas. Ingat, prosedurnya tidak begitu penting dibandingkan tindakan mengurut, komunikasi dan kasih sayang yang ditunjukkan. Apa juga jenis sentuhan ataupun usapan, memberi manfaat kepada bayi selagi dilakukan dengan kesabaran, kasih sayang dan kelembutan. 

Persediaan mengurut:
1. Pastikan anda berkeadaan selesa dan tenang. Ingat, diri anda adalah cerminan kepada bayi anda, dia dapat mengesan perasaan ataupun tingkah laku yang dilihatnya dalam diri anda.
2. Pastikan keadaan bilik bersuasana senyap dan sederhana panas kerana bayi mudah berasa sejuk. Letakkan bayi di atas permukaan yang lembut dan selesa.
3. Panaskan tangan anda sebelum mengurut.
4. Gunakan minyak bayi bagi mengurangkan geseran pada kulit bayi yang halus.
5. Sebilangan bayi lebih suka diurut waktu pagi, sementara yang lain selepas mandi ataupun sebelum waktu tidur. Pastikan masanya konsisten kerana bayi anda akan ternanti-nanti rutin ini selepas waktu mandi ataupun waktu tidur.
6. Ada kalanya bayi terasa letih dan rangsangan ini dirasa keterlaluan. Cuba lagi selepas waktu tidur singkatnya dan elakkan mengurut bayi selepas memberi makan. 

Panduan cara mengurut Johnson's Baby 
1. MUKA
Muka bayi mungkin penuh dengan berbagai jenis ketegangan akibat perbuatan menghisap, tumbuh gigi, menangis atau sebarang perkara yang berlaku di sekelilingnya setiap hari. Gunakan ibu jari anda dan buatkan isyarat senyuman pada bahagian atas bibirnya, kemudian di bawah bibir bayi. Ulang tiga kali.
2. DADA
Dengan menggunakan kedua-dua tangan yang diletakkan di tengah dada bayi, tolak keluar ke arah tepi dan mengikut susunan tulang rusuk. Gerakannya seolah-olah anda meratakan muka surat sebuah buku. Tanpa beralih tangan daripada badan bayi, gerakkan tangan di sekeliling mengikut bentuk rajah hati sehingga sampai bahagian tengah.
3. TANGAN
Picit dan putar
Pegang tangan bayi sampai bahagian bahunya dengan kedua belah tangan. (seperti memegang pemukul besbol). Kemudian usaplah lengan dengan bergerak ke atas dari bahu membawa ke arah pergelangan tangan dan rentak diselang-selikan. Pada masa yang sama picit dengan lembut.
4. KAKI
Picit dan putar
Pegang kaki bayi seolah-olah anda sedang memegang pemukul besbol. Kemudian pusingkan dengan kedua belah tangan bergerak ke arah bertentangan dan pada masa yang sama, memicit dengan lembut.
Menggulung
Dengan memegang kedua-dua kaki, buat gerakan seperti menggulung dari lutut ke buku lali.
5. PERUT
Mengurut pada bahagian perut akan meredakan sistem usus bayi membolehkannya membuang angin serta melegakan sembelit. Gerakan ini harus berakhir pada bahagian bawah sebelah kiri perut bayi (bahagian kanan anda apabila berdepan dengan bayi). Pada bahagian ini kebanyakannya terletak usus pembuangan bayi. Tujuannya adalah bagi menggerak semuanya ke arah usus. 

Roda air
Menggunakan hujung tangan, lakukan gerakan mendayung pada perut bayi, berselang seli tangan, seolah-olah anda sedang menyodok pasir ke arah diri sendiri.
Matahari Bulan
Buatkan gerakan ala bulan sabit songsang dengan tangan kanan anda, dari kiri ke kanan. Kemudian buat gerakan bulatan penuh hala mengikut pusingan jam dengan tangan kanan. Ketika tangan kanan anda bergerak di atas, tangan kiri anda di bawah, lakukan satu pusingan bulatan mengikut hala songsang jam dengan tangan kanan anda.

Berjalan
Menggunakan hujung jari, buat gerakan berjalan di atas perut bayi anda dari kiri ke kanan. Anda mungkin terasa gelembung udara bergerak-gerak di bawah jari anda.
I love you
I - Buatkan gerakan huruf 'I' ke bawah menggunakan tangan kanan pada bahagian kiri perut bayi.
Love - Buat bentuk 'L' terbalik dari arah kiri ke kanan.
U - Kemudian buatkan bentuk 'U' terbalik dari kiri ke kanan.
Ketika membuat gerakan ini, sebut 'I love you' dalam nada suara penyayang. Bayi anda pasti sukakannya.
6. BAHAGIAN BELAKANG

Berulang Alik
Letak bayi dalam keadaan tertiarap dengan kepalanya ke sisi. Mulakan dengan bahagian atas belakang, bersudut tegak pada tulang belakang. Gerakkan tangan anda dari depan ke belakang, pada arah bertentangan, membawa ke bahagian punggung, kemudian naik ke bahu.

Kesimpulannya: Pada penghujung setiap urutan bayi, pakaikan semula baju. Bayi anda sudah tenang kini dan bersedia untuk tidur. 

: Apa itu kawan ?

Kawan ? dalam hidup aku istilah kawan tue bukan sesuatu yang asing dalam hidup aku... banyak.. aku banyak kawan... ada di sana, ada d sini... macam2 jenis kawan aku ada.. ada perempuan, ada lelaki,, ada kaya, ada sederhana, ada cantik, ada biasa2 saja, ada yang baik, x kurang jugak yang jahat. tapi bila aku fikir2 balik, sejauh mana fungsi kawan itu sebenarnya? ada time bila? susah kita? senang kita? mau mintak tolong? @ mau pinjam duit? aku heran... betul heran.... taw kenapa? banyak2 kawan aku, 1 pun xda bila kau perlu... jangan cakap laa bila aku perlu, time aku x perlu pun dorang mana da.. semua sombong.. serius, aku cakap benar... jangan amek contoh jauh2 la.. amek yang dekat jaa.. macam d Fb @ twitter... friendlist aku ada laa dalam 1500++ tapi yang menegur?  haram... 1 pun teda... kalau buzz d chat pun bagus kalau ada membalas... 2 3 orang jaa yang membalas yaa... padahal d friendlist aku tue kebanyakkannya schoolmate... adui..... jangan juga bha menyombong kesian.... kalau d tegur tu menjawab la bhaa... ini x... setakat 'hye' pun tidak...

okae,, memang banyak kawan kan... tapi kalau macam contoh d atas tue bley d kategorikan kawan kaa ??? hehe... apa2 jak laa kan... kawan dan sahabat tue mungkin 2 orang yang berbeza... dalam hidup aku, sahabat ku hanya dia dan dia... dia dan dia??? i mean my husband yang sangat memahami, sentiasa ada time suka duka, sentiasa membantu, sentiasa ada dsisi, sentiasa ada time aku perlu dan sentiasa buat aku tersenyum *walaupun kadang2 salu buat aku cry2 jga laa*... pokoknya, dia lah segala2nyaa.. dia lah sahabat dunia akhirat ku... dan dia? all my family yang banyak membantu, menyokong, menegur jika ada aku buat salah dan sentiasa ada d sisi ku... yaa... they are my all.... oh yaa! dan satu lagi dia iaitu my LoveLyDaughter, MyHeroin, #NurKhalisyaUmairah.... aku harap sahabat ku yang sedia ada ni pleaseeeeee dont leave me... tanpa mereka, mereka dan mereka aku nda da d dunia niee... serius. aku boleh mati....




06 December 2011

: Leukocoria

tadi time aku bawa #NurKhalisyaUmairah ke klinik aku ada baca satu brosur... penting untuk ibi bapa / penjaga... d sini aku mau share informasi ni sikit untuk korang.. harap bermanfaat untuk semua ibubapa...

Leukocoria

Leukocoria adalah keadaan di mana pantulan cahaya putih kelihatan pada anak mata. contohnya macam pict d bawah nie...


*ni picture kanak2 yang mengalami leukocoria

*normal eyes for baby

 penyebab leukocoria adalah kerana:

1. Retinoblastoma (Rb) - adalah penyakit kanser mata yang berlaku pada kanak-kanak. ia boleh mengancam nyawa dan menyebabkan kematian. terjadi pada satu mata atau kedua2 mata. biasanya berlaku pada kanak2 d bawah umur 5 tahun. Rb mempunyai kadar penyembuhan yang tinggi (95% - 98%). lebih 9 daripada 10 kanak2 yang menghidap Rb mampu bertahan sehingga dewasa jika menerima rawatan awal.
rawatan Rb bergantung kepada tahap penyakit kanser dan kes individu. ini ditentukan oleh pakar mata (ophtalmologist) dengan perbincangan bersama pakar onkologi kanak2. matlamat utama rawatan adalah untuk menyelamatkan nyawa, mengekalkan penglihatan dan juga mengurangkan kesan sampingan dari rawatan yang di terima.


2. katarak kongenital adalah keadaan di mana kanta mata menjadi keruh disebabkan proses penuaan. katarak boleh d rawat melalui pembedahan dengan menggantikan kanta keruh dengan kanta tiruan. walaupun leukocoria tidak semstinya disebabkan oleh katarak atau Rb namun ia tetap memerlukan pemeriksaan segera oleh pakar mata.


penyebab lain bagi Leukocoria ialah Retinopathy pramatang, Persistent Fetal Vasculature dan coat's disease / toxocara.

kelewatan mendapatkan rawatan Leukocoria boleh menyebabkan mata juling, mata merah dan radang mata lalu menjadi buta.

*juling

*radang mata


 jika anda mengesan LEUKOCORIA pada anak mata atau pada gambar anak anda, bawa lah berjumpa doktor mata dengan SEGERA!



pengesanan awal boleh menyelamatkan mata & nyawa anak anda

*saringan untuk Leukocoria perlu menjadi
salah satu pemeriksaan rutin bagi setiap
bayi dalam masa 6 bulan pertama selepas
dlahirkan... 

: aku nda pandai jaga anak ka...???

hari ni aku dan suami bawa #NurKhalisyaUmairah ke klinik untuk timbang berat badan dan suntikan DPT(3), HIB(3) dan OPV/IPV(3).. besa lah tiap bulan memang kena bawa baby ke klinik... Bila timbang berat badan #NurKhalisyaUmairah, berat badan dia turun dari 5.83Kg ke 5.71kg. aku hairan, pelik.. nurse tu pun hairan, pelik.. aku tanya husband aku, dia pun pelik.. kenapa berat badan dia boleh turun.. aku bingung..

aku duduk dan berfikir.. aku nie nda pandai jaga anak ka sampai anak aku boleh turun berat badan dia. anak orang lain x pula.. mcm anak buah aku, walaupun dia jarang minum susu tapi tetap juga naik walaupun hanya beberapa gram.. hairan...

#NurKhalisyaUmairah kuat makan, kuat minum susu.. honestly, aku bagi anak aku makan time umur dia sebulan lagi.. sebab dia jenis yang pelapar.. makan sehari 3x... minum susu x pandai puas.. kalau minum susu pla sehari banyak kali juga dia minum.. kadang2, sejam2 minta susu lagi.. heran kan??? dalam hati aku rasa macam aku ni nda pandai jaaa jaga anak taw... aku mula frust dengan diri aku sendiri... 

mungkin husband aku faham apa yang tengah aku fikir. dia tenangkan aku... dia cakap walaupun aku bagi #NurKhalisyaUmairah makan 3x sehari dan minum susu berkali2, berat badan dia x naik bukan salah aku.... dia cakap antara faktor yang buat berat badan #NurKhalisyaUmairah x naik....

1. Dia aktif.. golek2, goyang2 badan
2. dia x mau tidur siang sebab dia mau main jakk...
3. bulan lalu #NurKhalisyaUmairah sakit jaa... 2x demam dan 1x discaj d telinga.. ulang alik kita ke hispital...

bila aku dengar husband aku cakap macam tuee, aku pun terfikir betul jugak... okae, aku cukup jaga dia baik2, aku x marah dia bila dia nangis, aku x pukul dia bila dia cerewet, dan aku sentiasa layan dia bila dia main.. aku mama yang baik kan??? hehehe.... x pa laaa... lepas nie mama paksa #NurKhalisyaUmairah makan banyak2... jangan nanges taw!!!


0 month - 2.9kg
1 month - 3.85kg
2 months - 4.1kg
3 months - 5kg
4 months - 5.83kg
5months - 5.71kg

05 December 2011

: post boring...

Assalamualaikum...

hari nie boring betul taw! yalah, sendiri d rumah dengan anak... pagi2 bangun mandi, buat sarapan untuk MyHusband, #En. Muliadi, then bila En. Muliadi sda pi keja aku bagi MyLovelyDaughter, #NurKhalisyaUmairah makan plak.. lepas dia makan, mandi, tidur.. dia tidur ja terus aku cepat2 kemas rumah, cuci piring sebab nie lah masa aku buat kerja.. kalau dia bangun nanti mana lah aku boleh buat kerja.. dia cengeng sangat...

sementara x da keja tue, aku duduk2.. tiba2 plak teringat time masa mula2 kawen dulu... jalan2 ke sandakan, semporna... hurm.. rindu sangat dengan time tuee... bila sda ada anak nie rasa lain sikit .. tapi kami happy... x gaduh2 lagi.. ni aku share sikit gambar time kitaorang jalan2...

 



Rindu dengan suma niee......

01 December 2011

: mangsa buli...


*mangsa buli*


bila kebosanan di rumah nie lah kemenjadiannya... #NurKhalisyaUmairah la pla jadi mangsa buli.. kesian kan.. ni keja macik aku lah nie... topi yang dia pakai tue sebenarnya topi patung anak buah aku... hmm.. ada2 ja... walaupun jadi mangsa buli, #NurKhalisyaUmairah tetap tersenyum lebar...