05 November 2012

Pembuka yang besar






sabda Rasulullah saw ketika menggali parit dalam peperangan khandaq, "konstantinopel (instanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik2 raja dan tenteranya adalah sebaik2 tentera" (hadis riwayat Imam Ahmad)



Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Konstantinopel untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah SWT dalam hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, lima kempen di zaman Kerajaan Umaiyyah, satu kempen di zaman Kerajaan Abbasiyyah dan dua kempen di zaman Kerajaan Uthmaniyyah.

Dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umaiyyah, seorang sahabat Nabi SAW iaitu Abu Ayyub Al-Ansary RA telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, "Aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Konstantinopel". Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi SAW.

Hadis Nabi SAW ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al-Fateh, khalifah ke-7 Kerajaan Uthmaniyyah dengan 150,000 orang tenteranya.



Biodata Ringkas

Baginda Sultan Muhammad Al-Fateh dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai "sebaik-baik raja" di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al-Fateh kerana kejayaannya membebaskan Konstantinopel.

Baginda menaiki takhta ketika berusia  19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 – 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen ketenteraan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 akibat sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat baginda mangkat diracun.


Pendidikan

Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al-Wali dikatakan daripada keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq RA. Dalam ilmu peperangan pula, baginda diajar tentang taktik peperangan,  memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.

Dalam bidang akademik pula, baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam tujuh bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Dalam bidang ilmu pemerintahan pula, ayahandanya Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini baginda telah matang menangani tipu helah musuh.


Keperibadian

Baginda sentiasa bersifat tawaduk. Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulama-ulama dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja. Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamadan selalu berbincang dengan mereka mengenai permasalahan negara.


Persiapan Awal Membebaskan Konstantinopel

Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Kostantinopel setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi yang sesuai untuk digunakan.

Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom seberat 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Konstantinopel apabila diserang nanti.

Baginda membawa bersama para ulama dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Konstantinopel, baginda mengarahkan dilaungkan azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.


 
Melancarkan Seragan ke atas Konstantinopel


Setelah segala persiapan lengkap diatur, baginda menghantar utusan kepada Raja Bizantin meminta beliau menyerah. Keengganan Raaja Bizantin menyerah mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut hujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh.


Menara Bergerak

Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantin berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka.


Bantuan Dari Pope Vatican

Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Uthmaniyyah. Ini menaikkan semula semangat tentera Bizantin.


Melancarkan Kapal Perang dari Puncak Gunung

Kegembiraan mereka tidak lama. Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang Uthmaniyyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Taktik ini diakui sebagai antara taktik peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota.

Kapal-kapal perang tentera Bizantin habis terbakar dek bedilan meriam Uthmaniyyah. Pertahanan Bizantin menjadi semakin lemah. Baginda mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingatkan mereka kepada hadis Rasulullah SAW dan bersama-sama berdoa kepada Allah SWT.


Memanjat dan Melastik Dinding Kota

Keesokan paginya tentera Uthmaniyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit pihak Bizantin menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengah hari.


Karisma Seorang Pemimpin

Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan  telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. Pada saat yang genting ini baginda berucap menaikkan semangat tenteranya, "Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku".

Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera baginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Bizantin sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar.


Penawanan Constantinople

Pada 29 Mei 1453, Kota Konstantinopel jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Gereja Besar St. Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawaduknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran "Al-Fateh" iaitu yang bermaksud "pembuka" atau "penakluk" lantaran kejayaannya membebaskan Konstantinopel.


Sebaik-baik Raja dan Sebaik-baik Tentera

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, "Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali, sila duduk!" Tiada seorang pun yang duduk, kerana  tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Baginda bertanya lagi, "Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib, sila duduk!" Sebahagian daripada tenteranya duduk.

Kemudian baginda bertanya lagi, "Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!" Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fateh sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, solat sunat rawatib dan solat tahajjud sejak baligh. Baginda sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah SAW dalam hadisnya itu.
Dinihari kita cukup ketandusan pemimpin yang berjiwa rakyat serta berkarisma seperti Sultan Muhammad Al-Fateh untuk mengembalikan ketamadunan dan kegemilanagan ISLAM ini kembali. Ayuh, kita mulakan langkah menakluk diri seperti mana Sultan Muhammad Al-Fateh telah berusaha menakluk kota hebat Konstantinopel.

02 November 2012

Rosa Parks ; One person can change the world







pada suatu petang dalam bulan disember tahun 1955, Rosa Parks, seorang wanita berkulit coklat yang bekerja menjahit keperluan2nya, bersiap sedia untuk pulang ke rumahnya selepas penat bekerja seharian. beliau berjalan sambil mendakap begnya, menikmati kehangatan yang menyamankan...

beliau memandang kiri dan kanan, kemudian melintas jalan dan berhenti untuk menunggu bas menuju ke destinasi seterusnya. selama hampir 10 minit menunggu, beliau melihat fenomena yang berlaku dalam landskap di Amerika pada masa itu, iaitu lelaki berkulit hitam bangun lalu memberikan tempat duduknya kepada orang berkulit putih. tingkah laku ini bukanlah berpunca dari semangat persaudaraan atau sentuhan ketamadunan tetapi kerana undang2 Amerika pada masa itu yang melarang orang berkulit hitam sedangkan tuannya orang berkulit putih berdiri. bahkan jika seorang wrga emas berkulit hitam duduk dan seorang pemuda berkulit putih berdiri maka itu dikira kesalahan undang2 yang telah di langgar oleh warga emas tersebut.

perkara yang paling mayshur pada masa itu adalah akan dijumpai papan tanda yang digantung di pintu gedung perniagaan atau restoran yang tertulis ; kucing, anjing dan orang berkulit hitam dilarang masuk.

 setiap amalan perkauman yang berlaku memberi kesan kepada jiwa Rosa yang menjadikan beliau berasa sedih, sakit hati dan marah. sampai bilakah mereka akan diperlakukan sebagai golongan yang hina dengan martabat yang sangat rendah ? mengapa mereka diperlekehkan dan dibenci? mengapa mereka selalu berada di barisan terakhir? malah di kelaskan sama seperti haiwan ?

apabila bas yang mahu dinaiki Rosa sampai, beliau membuat beberapa kesimpulan dalam dirinya. di dalam bas beliau melihat ada sebuah kerusi kosong lantas beliau duduk disitu saambail mendakap begnya.

bas begerak ke perhentian seterusnya. penumpang semakin ramai naik memenuhi ruang bas tersebut. dalam keadaan yang senyap, seorang lelaki berkulit putih menghampiri Rosa sambil menunggu diberi penghormatan kepadanya. namun hebatnya, Rosa hanya melihat kepada lelaki itu tanpa memberi sedikit perhatian pun dan beliau kembali melemparkan pandangannya ke arah jalan.

lelaki berkulit itu sangat marah lalu mengherdik Rosa kerana tidak bangun untuk memberikan tempat duduk kepadanya. Rosa tetap berkeras menyebabkan pemandu bas yangg melihat perlanggaran undang2 itu terus menuju ke balai polis untuk menyelesaikan masalah itu tersebut.

setelah siasatan sempurna dilakukan , Rosa dikenakan denda sebanyak 15 dolar atas sebab melanggar hak orang lain. disinilah bermulanya percikan bunga api dilangit Amerika yang meletuskan kemarahan golongan kulit hitam diseluruh negara. mereka memutuskan untuk memboikot jaringan pengangkutan awam dan menuntut hak2 mereka sebagai manusia yang punya hak untuk hidup dan pergaulan yang baik.

suasana panas tersebut berterusan dalam tempoh yang lama, berlanjutan hingga 381 hari sehingga menyebabkan Amerika berada dalam keadaan kronik. akhirnya mahkamah mengeluarkan keputusan memberi kemenangan kepada Rosa Parks dan undang2 yang zalim itu d hapuskan secara keseluruhannyayang turut meliputi adat2 dan undang2 bersifat perkauman.

pada 27 oktober 2001, selepas 46 tahun berlakunya kejadian itu, Encik Steve Hamb melakukan sesuatu bagi memperingati Rosa Parks. beliau yang merupakan pengarah muzium Henry Ford di bandar Dearborn telah membeli sebuah bas lama model tahun 40-an seperti yang dinaiki Rosa Parks dengan harga sebanyak 492k dolar Amerika.

selepas Rosa Parks berumur 80 tahun beliau mengabadikan kenangan tersebut dalam sebuah buku tulisannya yang bertajuk  KEKUATAN KELEMBUTAN yang diterbitkan pada tahun 1994. beliau menyebut sebahagian daripada apa yang dirasainya pada masa itu ; pada hari itu, saya teringat datuk nenek dan ibu bapa saya dan saya meletakkan pengharapan kepada Tuhan. maka Tuhan memberi saya kekuatan yang diberikannya kepada golongan yang lemah.

pada 24 oktober 2005, beribu2 orang berkumpul untuk memberi penghormatan terakhir kepada Rosa Parks. beliau adalah wira yang telah merintis hak2 sivil di Amerika yang meninggal dunia dalam usia hampir 92 tahun. beribu2 orang menangisi pemergiannya. turut hadir memberi penghormatan adalah ketua2 negara. bendera amerika di naikkan setengah tiang. penghormatan diberikan dengan jasadnya di tempatkan di dalam sebuah bangunan kongres sejak dari kematian sehinggalah pengebumiannya, yang merupakan penghormatan yang tidak diberikan melainkan kepada ketua2 dan tokoh2 terkemuka sahaja.

penghormatan sebegini hanya diterima oleh 30 individu sahaja sejak tahun 1952 dan Rosa adalah wanita pertama yang menerimanya. beliau meninggal dunia dengan dadanya tersemat penghargaan tertinggi. beliau telah menerima pingat kebebasan presiden 1996, pingat emas kongres 1999 iaitu penghormatan awam tertinggi di Amerika. pingat kebebasan itu telah dipersembahkan sebagai hadiah kepada setiap anak yang sejantina dengannya dengan ungkapan perkataan TIDAK YANG MASYHUR DALAM SEJARAH AMERIKA.