19 January 2012

: Aku Isteri Pertama

aku adaptasikan cerita ini dari realiti kehidupan seorang teman kerja suami ku...

aku adalah isteri pertama suami ku..  sudah 30 tahun kami kahwin tapi belum ada rezeki di kurniakan cahaya mata.. lantas suami ku mengambil keputusan untuk berkahwin lagi. salah ku juga memberi saranan kepada dia, walau pun aku hanya bergurau pada waktu itu. tidak ku sangka dia mengambil serius kata2 ku.. sudah 2 tahun aku di madukan. memang suami ku masih sayang pada ku walau pun tidak seperti dahulu... untuk pengetahuan semua, madu ku itu juga pernah menjadi sahabat ku suatu ketika dulu... setiap hari suami ku akan meluangkan masa bersama madu ku. pergi ke sana sini bersama maduku.. aku tidak marah sebab setiap malam dia akan pulang ke rumah ku walaupun selewat 2 pagi... aku meredhakan semua ini dan berdoa agar suami ku akan di kurniakan zuriat...

suatu hari, madu ku menghubungi aku dan mengadu tentang suami kami kepada ku. dia kata suami ku tidak adil kerna melebihkan aku dari dirinya. semua yang dia buat untuk aku. tiada untuk dia. aku tidak tahu apa yang membuat kan dia berkata sedemikian sedangkan suami ku selalu menghabiskan masa bersama dia. tidak sanggup ku mendengar cemuhan demi cemuhan dari madu ku akhirnya aku nekad...


seminggu berlalu....

aku membawa suami ku ke sebuah pulau untuk honeymoon. hairan suami ku tapi dia tetap pergi jugak... sampai sana dia tanya mengapa aku tiba2 membawanya honeymoon kerna sebelum ni kalau dia bawa mesti aku x mau pergi.. aku pun berkata...

"sayang mungkin ini kali terakhirnya kita bersama.. jadi aku ingin meluangkan banyak masa bersama mu.. lepas ni aku akan bekerja di semenanjung. aku ingin mencari pengalaman baru. sudah 30 tahun aku hidup bersama mu, bergantung dengan mu, biar lah kali ini aku berdikari.. biar lah kali ini aku tidak bergantung hidup dengan mu.. dan biar lah aku memberi rasa yang selama ini ku rasa kepada madu ku.. ku doakan kau dan dia akan di kurniakan zuriat. bahagiakan lah dia sayang.. aku tetap isteri mu dunia akhirat...."

*sang suami seperti tersentap*

besarnya pengorbanan mu sis.. aku sedih sangat mengetahui cerita mu.. ku rasa seperti kau adalah penghuni syurga yang akan menjunjung payung emas kelak nanti...

12 January 2012

: candlelight Dinner Cancel... :(

hari ini sempena ulangtahun kami yang ke 3 aku hadiah kan sepasang baju polo putih stripes biru untu Suami ku dan suami ku berjanji akan membawa aku dinner di hotel malam nie tapi hampeh..... x jadik... dinner cancel sebab NurKhalisyaUmairah sakit.. dia kena kerumut. habis penuh badan dia dengan bijik2 merah.. rasanya gatal kot sebab dia asyik nangis ja sambil garu2 kepala dia.. anduh bhaa kesian dia... aku nda sampai hati tinggal dia dirumah dengan neneknya dalam keadaan sakit begitu.. sampai suda aku dan husband di bandar tapi patah balik... beli ayam panggang ja buat makan malam... x pa la.. lain kali saja laa... banyak tahun lagi untuk kita raikan anniversary kita kan darling tapi anak cuma 1 ni saja... kalau jadi pa2 mesti aku x dapat maafkan diri ku yang hina ini *hina sangatla..* aku doakan si kecik aku ni cepat sembuh supaya dia boleh kembali tertawa lagi..... aku rindu hilai tawanya.....


: happy 3rd Anniversary darling....







Suami ku tercinta,
Engkau adalah anugerah terindah Allah bagi ku,
Engkau adalah orang yang aku cintai dan ku pilih dari yang lainnya,
dan aku bahagia menghabiskan sisa hidup ku bersama mu...

Memang ku sedari,
Engkau bukanlah lelaki sempurna yang tidak pernah berbuat salah,
namun aku mencintaimu dengan apa adanya,
seperti engkau juga mencintai ku dengan apa adanya...

Dan memang,
Kehidupan bersama mu tidak lah selalu tertawa,
Tidak juga selalu tersenyum,
dan tidak jarang kesedihan dan airmata mewarnainya...
tetapi aku menerima itu semua sebagai sebahagian yang memang harus kujalani bersama mu...
di sisi mu,
aku merasa dilindungi, aku merasa dicintai dan aku merasa sangat bererti,
rasanya tidak mungkin ini terjadi jika bukan kamu di samping ku,
kau begitu istimewa di mata ku, di hati ku dan di jiwaku,
kerana itulah aku ingin selalu di samping mu,
baik dalam suka dan duka mu,
dalam sakit dan sihat mu...

Suami ku,
Engkau adalah hal yang terindah dalam hidup ku,
Terima kasih keranan mamilih ku untuk menjadi pendamping mu,
dan terima kasih untuk NURKHALISYAUMAIRAH,
aku berjanji akan selalu setia dan mencintai mu seumur hidup ku,
kerana kau adalah idola ku...


Selamat Ulangtahun kita yang ke 3

yang terlalu mencintai,
Isteri mu... 

01 January 2012

: selamat tahun baru 2012

cepat jaa masa berlalu kan... pejam celik pejam celik sda masuk tahun baru lagi.. umur pun meningkat lagi... dan kubur pun semakin dekat dengan kita... walaupun aku mulakan tahun baru dengan perasaan yang 'sh*t' sudah 2 tahun berturut2 tapi meriah jugak rumah ni dengan family2 yang datang untuk raikan tahun baru... buat BBQ, makan2, tgk bunga api di padang golf... meriah sangat walaupun x semeriah sebelum2 nie... yalah, semua kan suda besar, sda banyak yang berumah tangga, sda banyak yang pergi jauh belajar... aku harap kami akan ada satu masa untuk berkumpul semula seperti dahulu.... azam tahun baru ? banyak... yang tahun lalu ada lagi x tercapai.. salah satu azam aku tahun ni maw sambung study... jeles jugak sehh tgk member2 yang study... ikatan perkahwinan dan anak bukan penghalang kan ? malah mereka lahh pendorong dan pemberi semangat.... insyaAllah... doaku semoga aku kan jadi lebih baik dari sebelum ni.. jadi anak yang lebih baik untuk mak aku, jadi ahli keluarga yang lebih baik untuk keluarga ku, jadi isteri yang lebih baik untuk suami ku dan jadi mama yang lebih baik untuk permaisuri hati ku, NurKhalisyaUmairah. aku juga berharap rezeki tahun ni lebih baik dari tahun2 sebelumnya. dan banyak lagi lah harapan ku....

buat suami ku,

Sya x minta banyak dari abang... cukuplah sekadar kasih sayang dan cinta abang bertambah untuk sya... *ececeh.. jiwang pla..* dan bagi laa sya duit poket lebih ckit... hehehe :)

happy new year all... may Allah always bless your life :)