05 November 2012

Pembuka yang besar






sabda Rasulullah saw ketika menggali parit dalam peperangan khandaq, "konstantinopel (instanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik2 raja dan tenteranya adalah sebaik2 tentera" (hadis riwayat Imam Ahmad)



Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Konstantinopel untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah SWT dalam hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, lima kempen di zaman Kerajaan Umaiyyah, satu kempen di zaman Kerajaan Abbasiyyah dan dua kempen di zaman Kerajaan Uthmaniyyah.

Dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umaiyyah, seorang sahabat Nabi SAW iaitu Abu Ayyub Al-Ansary RA telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, "Aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Konstantinopel". Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi SAW.

Hadis Nabi SAW ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al-Fateh, khalifah ke-7 Kerajaan Uthmaniyyah dengan 150,000 orang tenteranya.



Biodata Ringkas

Baginda Sultan Muhammad Al-Fateh dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai "sebaik-baik raja" di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al-Fateh kerana kejayaannya membebaskan Konstantinopel.

Baginda menaiki takhta ketika berusia  19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 – 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen ketenteraan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 akibat sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat baginda mangkat diracun.


Pendidikan

Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al-Wali dikatakan daripada keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq RA. Dalam ilmu peperangan pula, baginda diajar tentang taktik peperangan,  memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.

Dalam bidang akademik pula, baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam tujuh bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Dalam bidang ilmu pemerintahan pula, ayahandanya Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini baginda telah matang menangani tipu helah musuh.


Keperibadian

Baginda sentiasa bersifat tawaduk. Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulama-ulama dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja. Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamadan selalu berbincang dengan mereka mengenai permasalahan negara.


Persiapan Awal Membebaskan Konstantinopel

Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Kostantinopel setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi yang sesuai untuk digunakan.

Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom seberat 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Konstantinopel apabila diserang nanti.

Baginda membawa bersama para ulama dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Konstantinopel, baginda mengarahkan dilaungkan azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.


 
Melancarkan Seragan ke atas Konstantinopel


Setelah segala persiapan lengkap diatur, baginda menghantar utusan kepada Raja Bizantin meminta beliau menyerah. Keengganan Raaja Bizantin menyerah mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut hujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh.


Menara Bergerak

Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantin berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka.


Bantuan Dari Pope Vatican

Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Uthmaniyyah. Ini menaikkan semula semangat tentera Bizantin.


Melancarkan Kapal Perang dari Puncak Gunung

Kegembiraan mereka tidak lama. Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang Uthmaniyyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Taktik ini diakui sebagai antara taktik peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota.

Kapal-kapal perang tentera Bizantin habis terbakar dek bedilan meriam Uthmaniyyah. Pertahanan Bizantin menjadi semakin lemah. Baginda mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingatkan mereka kepada hadis Rasulullah SAW dan bersama-sama berdoa kepada Allah SWT.


Memanjat dan Melastik Dinding Kota

Keesokan paginya tentera Uthmaniyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit pihak Bizantin menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengah hari.


Karisma Seorang Pemimpin

Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan  telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. Pada saat yang genting ini baginda berucap menaikkan semangat tenteranya, "Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku".

Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera baginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Bizantin sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar.


Penawanan Constantinople

Pada 29 Mei 1453, Kota Konstantinopel jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Gereja Besar St. Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawaduknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran "Al-Fateh" iaitu yang bermaksud "pembuka" atau "penakluk" lantaran kejayaannya membebaskan Konstantinopel.


Sebaik-baik Raja dan Sebaik-baik Tentera

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, "Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali, sila duduk!" Tiada seorang pun yang duduk, kerana  tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Baginda bertanya lagi, "Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib, sila duduk!" Sebahagian daripada tenteranya duduk.

Kemudian baginda bertanya lagi, "Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!" Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fateh sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, solat sunat rawatib dan solat tahajjud sejak baligh. Baginda sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah SAW dalam hadisnya itu.
Dinihari kita cukup ketandusan pemimpin yang berjiwa rakyat serta berkarisma seperti Sultan Muhammad Al-Fateh untuk mengembalikan ketamadunan dan kegemilanagan ISLAM ini kembali. Ayuh, kita mulakan langkah menakluk diri seperti mana Sultan Muhammad Al-Fateh telah berusaha menakluk kota hebat Konstantinopel.

02 November 2012

Rosa Parks ; One person can change the world







pada suatu petang dalam bulan disember tahun 1955, Rosa Parks, seorang wanita berkulit coklat yang bekerja menjahit keperluan2nya, bersiap sedia untuk pulang ke rumahnya selepas penat bekerja seharian. beliau berjalan sambil mendakap begnya, menikmati kehangatan yang menyamankan...

beliau memandang kiri dan kanan, kemudian melintas jalan dan berhenti untuk menunggu bas menuju ke destinasi seterusnya. selama hampir 10 minit menunggu, beliau melihat fenomena yang berlaku dalam landskap di Amerika pada masa itu, iaitu lelaki berkulit hitam bangun lalu memberikan tempat duduknya kepada orang berkulit putih. tingkah laku ini bukanlah berpunca dari semangat persaudaraan atau sentuhan ketamadunan tetapi kerana undang2 Amerika pada masa itu yang melarang orang berkulit hitam sedangkan tuannya orang berkulit putih berdiri. bahkan jika seorang wrga emas berkulit hitam duduk dan seorang pemuda berkulit putih berdiri maka itu dikira kesalahan undang2 yang telah di langgar oleh warga emas tersebut.

perkara yang paling mayshur pada masa itu adalah akan dijumpai papan tanda yang digantung di pintu gedung perniagaan atau restoran yang tertulis ; kucing, anjing dan orang berkulit hitam dilarang masuk.

 setiap amalan perkauman yang berlaku memberi kesan kepada jiwa Rosa yang menjadikan beliau berasa sedih, sakit hati dan marah. sampai bilakah mereka akan diperlakukan sebagai golongan yang hina dengan martabat yang sangat rendah ? mengapa mereka diperlekehkan dan dibenci? mengapa mereka selalu berada di barisan terakhir? malah di kelaskan sama seperti haiwan ?

apabila bas yang mahu dinaiki Rosa sampai, beliau membuat beberapa kesimpulan dalam dirinya. di dalam bas beliau melihat ada sebuah kerusi kosong lantas beliau duduk disitu saambail mendakap begnya.

bas begerak ke perhentian seterusnya. penumpang semakin ramai naik memenuhi ruang bas tersebut. dalam keadaan yang senyap, seorang lelaki berkulit putih menghampiri Rosa sambil menunggu diberi penghormatan kepadanya. namun hebatnya, Rosa hanya melihat kepada lelaki itu tanpa memberi sedikit perhatian pun dan beliau kembali melemparkan pandangannya ke arah jalan.

lelaki berkulit itu sangat marah lalu mengherdik Rosa kerana tidak bangun untuk memberikan tempat duduk kepadanya. Rosa tetap berkeras menyebabkan pemandu bas yangg melihat perlanggaran undang2 itu terus menuju ke balai polis untuk menyelesaikan masalah itu tersebut.

setelah siasatan sempurna dilakukan , Rosa dikenakan denda sebanyak 15 dolar atas sebab melanggar hak orang lain. disinilah bermulanya percikan bunga api dilangit Amerika yang meletuskan kemarahan golongan kulit hitam diseluruh negara. mereka memutuskan untuk memboikot jaringan pengangkutan awam dan menuntut hak2 mereka sebagai manusia yang punya hak untuk hidup dan pergaulan yang baik.

suasana panas tersebut berterusan dalam tempoh yang lama, berlanjutan hingga 381 hari sehingga menyebabkan Amerika berada dalam keadaan kronik. akhirnya mahkamah mengeluarkan keputusan memberi kemenangan kepada Rosa Parks dan undang2 yang zalim itu d hapuskan secara keseluruhannyayang turut meliputi adat2 dan undang2 bersifat perkauman.

pada 27 oktober 2001, selepas 46 tahun berlakunya kejadian itu, Encik Steve Hamb melakukan sesuatu bagi memperingati Rosa Parks. beliau yang merupakan pengarah muzium Henry Ford di bandar Dearborn telah membeli sebuah bas lama model tahun 40-an seperti yang dinaiki Rosa Parks dengan harga sebanyak 492k dolar Amerika.

selepas Rosa Parks berumur 80 tahun beliau mengabadikan kenangan tersebut dalam sebuah buku tulisannya yang bertajuk  KEKUATAN KELEMBUTAN yang diterbitkan pada tahun 1994. beliau menyebut sebahagian daripada apa yang dirasainya pada masa itu ; pada hari itu, saya teringat datuk nenek dan ibu bapa saya dan saya meletakkan pengharapan kepada Tuhan. maka Tuhan memberi saya kekuatan yang diberikannya kepada golongan yang lemah.

pada 24 oktober 2005, beribu2 orang berkumpul untuk memberi penghormatan terakhir kepada Rosa Parks. beliau adalah wira yang telah merintis hak2 sivil di Amerika yang meninggal dunia dalam usia hampir 92 tahun. beribu2 orang menangisi pemergiannya. turut hadir memberi penghormatan adalah ketua2 negara. bendera amerika di naikkan setengah tiang. penghormatan diberikan dengan jasadnya di tempatkan di dalam sebuah bangunan kongres sejak dari kematian sehinggalah pengebumiannya, yang merupakan penghormatan yang tidak diberikan melainkan kepada ketua2 dan tokoh2 terkemuka sahaja.

penghormatan sebegini hanya diterima oleh 30 individu sahaja sejak tahun 1952 dan Rosa adalah wanita pertama yang menerimanya. beliau meninggal dunia dengan dadanya tersemat penghargaan tertinggi. beliau telah menerima pingat kebebasan presiden 1996, pingat emas kongres 1999 iaitu penghormatan awam tertinggi di Amerika. pingat kebebasan itu telah dipersembahkan sebagai hadiah kepada setiap anak yang sejantina dengannya dengan ungkapan perkataan TIDAK YANG MASYHUR DALAM SEJARAH AMERIKA.


24 October 2012

#40 tips hidup bahagia, gembira dan damai

KESIHATAN
1. minum banyak air, 8 liter sehari
2. bersarapan bagai raja, makan tengahhari bagai putera dan makan malam bagai pengemis
3. lebihkan memakan makanan dari tumbuh-tumbuhan
4. 4E - Energy . Enthusiasm dan empathy
5. peruntukkan masa untuk solat
6. lebihkan permainan yang membina minda
7. banyakkan membaca buku
8. duduk diam dan bertenang sekurang2nya 10 minit sehari
9. tidur 8 jam sehari
10. ambil masa 10 - 30 minit untuk berjalan sambil tersenyum


PERSONALITI
11. jangan bandingkan diri anda dengan orang lain. anda sebenarnya tidak tahun akan kehidupan orang lain
12. jangan buat anggapan negatif mengenai perkara yang berada d luar kawalan. sebaiknyaa jana lebih tenaga dari sekarang
13. jangan buat sesuatu berlebih-lebihan. ketahuilah had anda
14. jangan terlalu memberi tekanan kepada diri sendiri
15. jangan bazirkan masa berharga anda untuk bergosip
16. bina impian ketika anda sedang berjaga, maka anda akan realisasikan
17. cemburu adalah perbuatan yang sia-sia. sedarlah bahawa anda sudah ada apa yang anda perlukan
18. lupakan kisah silam yang menyakitkan. jangan ungkit kesilapan yang telah dilakukan oleh pasangan anda. itu akan memusnahkan kebahagiaan sekarang.
19. hidup ini terlalu singkat untuk anda bazirkan dengan menyakiti hati orang lain. jadi jangan membenci sesiapa pun.
20. berdamailah dengan masa lalu anda. jadi anda tidak merosakkan masa sekarang.
21. tidak ada oramg lain yang mampu merosakkan kegembiraan anda melainkan diri anda sendiri
22. hidup ini 'sekolah' untuk anda, masalah adalah sebahagian daripada kurikulum yang akan datang dan pergi tetapi proses pembelajarannya berlangsung seumur hidup.
23. banyakkan senyuman dan tertawa
24. anda perlu memenangi semua perdebatan. bersetujulah untuk tidak bersetuju.


KOMUNITI
25. selalulah berhubung dengan keluarga anda
26. berikan sesuatu yang baik pada orang lain setiap hari
27. maafkan semua kesalahan orang atas segala2nya
28. luangkan lebih masa untuk orang yang lebih tua dan orang yang lebih muda dari diri kita
29. setiap hari cuba lah buat sekurang2nya 3 orang ketawa
30. apa yang ada dalam fikiran orang lain tentang diri anda itu buakn masalah anda sama sekali
31. kerjaya anda tidak akan menjaga anda ketika anda sakit


HIDUP
32. lakukan perkara yang betul
33. singkirkan semua yang tidak berguna, yang tidak cantik dan yang tidak menggembirakan
34. inagtlah bahawa anda akan menyembuhkan segala2nya
35. apa pun sama ada yang baik atau yang jahat tetap akan berubah
36. tidak kira apa pun yang ada dalam perasaan anda, bangunlah bersiap dan bersedia.
37. yakinlah bahawa perkara yang baik pasti akan datang
38. apabila anda bangun pagi dan masih berbnafas, ucapkan lah ALHAMDULILLAH
39. suara hati anda sentiasa inginkan kedamaian, kegembiraan dan kebahagiaan maka bergembiralah, cari lah kebahagian dan ungkapkan lah kedamaian
40. sampaikan kebaikan pada semua

18 September 2012

rasaa bersalah yg teramat ..

17Sept12, sandakan sabah...

aku bawa hubby ku ke karamunting, kalau nda silap kampung lupus kot untuk jumpa kawan lama di sana... aku tgk banyak yang berubah. hampir semua... sampai jaa d sana, aku suru hubby aku tinggal d kereta jaa sbb anak aku tdur , aku p cari dulu rumah kawan ku, kalau sda jumpa baru koling2...

sampai jaa aku d jambatan, aku jadi bingung.. aku pusing2 to nda jumpa sda tapak rumah kawan ku tue, dengan memberanikan diri aku tanya dengan orang kampung d situ... dengan bantuan seorang budak, aku jumpa rumah kawan aku tue, d tapak yg baru... aku tgk, pintunya bertutup tp x berkunci.. aku bagi salam beberapa kali, then keluar sorang macik ni dalam lingkungan 60-an.. 

aku : Makcik saya cari Ina (bukan nama sebenar).
makcik : ndakda dia. pergi mengajar budak mengaji d masjid..
aku : nda pa laa makcik. balik dulu
makcik : okae...

dia trus tutpkan aku pintu.. dalam hati ku, mungkin dia nda mau trima tamu... aku pun jalan balik ke tempat hubby ku parking kretaa... dalam perjalanan tu, tiba2 ada sorang makcik lagi tegut aku... terkejut aku... serius aku nda cam mukanyaa.. atau mungkin lebih tepat aku sda lupa sapa dia... dia laa ibu kepada bekas bf aku dulu2...

dia jemput aku naik ke rumah... dan kami bercerita2.. first, serius aku ingat dia marah sebab jumpa aku lagik... aku tnya laa mana west (bks bf aku).. aku tgk lain sda mukanyaa... lma2, airmatanya mengalir.... dan dia cakap c abang (nama panggilan west) sda nda da lagik... aku terkejut... hampir2 kena heart attack... serius aku betul2 nda sangka itu jawapannyaa... aku tany penyebabnyaa dan dia cakap dia nda tau... mgkin sbb aku...


alkisahnyaaa.....

 aku kenal dia lama sda... dan kami kenal melalui laman chat sosial yang paling femes - winwap.... setelah lama bekontek melalui telepon, sms dan chatting, kami pun jumpa , d sandakan... time tu aku memang sayang gila dengan dia.. dia segalanya... akhir tahun 2008 aku mula kerja d sebuah kedai buku, d bandar fajar tawau. dan d situ aku kenal seorang lelaki yang berjaya mencuri hati ku... aku pn mula tinggalkan dia... lama kelamaan makin jauh kami ni... dan satu hari, kami bergaduh melalui telefon... aku nda dapat kontrol marah lalu aku terlepas hinaan dengan dia... aku cakap macam2 dengan dia... aku rendahkan dia... dan pergaduhan kami berakhir dengan tangisannyaa... hari ini, setelah aku tau dia sda nda da lagi, aku kembali terdengar tangisannya. terngiang2 d telingaku... masih terdengar rayuannyaa mengharapkan ku... lepas hari tu, aku x pena lagi jumpa, kontek dia... aku mula hidup baru dengan seseorang itu...

2009, adiknya ada kol aku... dia cakap west sakit... dia suru aku kesana.. tapi ntah laa... aku nda mau... aku malas pedulikan dia... dia sda nda da kena mengena dengan aku...

ntah kenapa hari ini, aku terserempak dengan maknyaa... sedih... sgt... aku x tau kenapa ini berlaku.. dia masih muda... 25 tahun! dia menemui ajalnya tanpa siapa pun tahu apa puncanyaa....

kerana aku ? menurut maknya, dia sengsara lepas aku tinggalkan dia.. selalu pegang gambar ku, selalu cakap dengan gambar ku... dan pernah sekali dia cari aku d tawau tapi nda jumpa.... bersalahnyaa aku rasa..... aku xtau kenapa rasa ni ada dalam hati... bukan aku masih sayang atau cinta kan dia... tapi aku rasa bersalah yang teramat.. melihat air mata maknya, buat kesal ku bertambah... aku seolah2 x percaya dia sda pergi buat selama lamanya.... 

AL-FATIHAH ALWASI ZULKIFLI

15 April 2012

: selamat ulangtahun yang ke 23 wahai suami ku yang tercinta...

MULIADI TAPA dearest;

hari ni, 16 april 2012, genap umur abang 23 tahun. wah! tua suda abang.. dan tahun ni kali keempat kita sambut bday samasama. walaupun baru beberapa tahun rasa macam lama suda kita hidup samasama sebab kita sentiasa bersama dalam suka ataupun duka, senang atau susah... kemanamana kita pergi mesti bedua...

first time kita sambut bday samasama, kita pergi jalanjalan d bandar tawau, makanmakan d kfc... abang cakap nda pena orang sambut bday abang dengan kek. abang nd apena rasa tiup lilin.. sayang simpan dalam hati....

then, bday abang yang ke 21, sayang buatkan abang kek. handmade dari sayang... kita siap makanmanakn, panggang ayam lagi d koridor bangungan flat kita... sweet kan time tue? sayang never forget it.... tengah malam kita pi tengok wayang pula.... sayang happy bila tengok abang happy....

bday abang yang ke 22, kita banyak konflik. tahun tu kita gaduh sana, gaduh sini,.. kita pisah, kita bersama semula.... mungkin sebab time tu sayang pregnant our 1st baby jadi perasaan sayang tidak menentu... biasalah pembawaan tapi kita tetap juga celebrate bday abangg...

tahun ni, 2012, bday abang yang ke 23.... pertama kalinya abang celebrate bday abang dengan sayang dan anak kita... ada juga mak abang dan bro abang, ipar abang dan pacik abang pun ada.. sayang nda dapat bagi apaapa tahun ni sebab nda tau suda mau bagi apa untuk 'bapakbapak'... abang tua suda juga kan... nda payah laa bha be hadiah...


anyway;

- happy bday sayang... semoga panjang umur, murah rezeki dan sentiasa dalam lindungan rahmat ALLAH...

- semoga akan tetap menjadi bapa dan suami yang baik untuk kami dan menjadi ketua keluarga yang berwibawa untuk keluarga kecil kita...

- jaga solat dan peribadi abang...

- sayang akan sentiasa ada d sisi abang tidak kira senang atau susah.... suka atau duka...

- thanks a lot for every sweet moment with eu.... i love u (: